Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perbualan dengan Raja Matahari, Bahagian 4 daripada 12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Ia tak mengikut urutan, macam ‘soalan nombor satu’, ‘soalan nombor dua’. Saya hanya cuba bersungguh-sungguh untuk ingat dan rakamkan kadangkala semasa bercakap dengan Matahari. Ini sama seperti dengan Bulan, dan kadangkala selepas itu. Kadangkala saya tidak menulis soalan kerana saya ialah orang yang tanya. Jadi saya tulis jawapannya saja. Jika saya ingat, saya akan beritahu anda. Saya akan baca soalan dan jawapannya. Tetapi jika tidak, anda akan faham, hanya isi penting. Saya agak sibuk jika saya cuba meninjau cakerawala alam semesta.

Sekarang saya tanya sama ada mereka mempunyai orang-haiwan, pokok atau tumbuhan seperti kita di sini. Mereka kata, “Ya.” Mereka ada, bukan segala-galanya, bukan semua benda yang kita ada di sini mereka akan ada di Matahari. Saya kata, “Tapi Matahari begitu panas, mana dapat engkau tinggal di sana?” Mereka kata, “Di dalam Matahari tidak panas. Tetapi di luar, mungkin lebih 1,000 darjah Celsius, hampir 2,000 darjah Celsius.” Jadi saya tanya sama ada mereka kelihatan seperti kita atau tidak. “Ya,” mereka kata mereka kelihatan seperti manusia. Dan sama ada manusia tinggal di sana bersama mereka atau tidak. Mereka kata, “Ya,” jika manusia ingin tinggal bersama mereka di Matahari, mereka boleh asalkan mereka capai Peringkat Keempat tinggi, Peringkat Keempat, lebih atau kurang. Maka orang Matahari akan datang dengan kenderaan khas mereka atau serupa dengan UFO untuk jemput mereka masuk ke dlm Matahari bagi tinggal bersama mereka. Sejak itu, manusia yang boleh capai Matahari akan menjadi orang hidup abadi. Mereka takkan mati di dalam Matahari.

Mereka pergi ke sana pada usia mereka tiba di Matahari dan tinggal di sana. Ini sangat mirip dengan Bulan. Seperkara lagi – rasanya saya takkan lupa, saya catat di sana – Bulan juga masuk dan beritahu saya perkara lain di antaranya. Jika mereka mahu, mereka masuk, beritahu saya atau saya minta mereka jawab sesuatu untuk saya sementara saya masih bercakap dengan Matahari, jadi itu macam perbualan tiga hala. Tetapi mereka tiada orang-haiwan di Matahari. Kita bercakap tentang Matahari dulu, dan pada bila-bila Bulan masuk, saya akan beritahu anda.

Mereka juga ada tumbuhan, pokok, bunga, pokok buah tetapi mereka tidak makannya. Sekarang mereka ada kira-kira 664 manusia yang tinggal di sana bersama orang Matahari. Jadi berapa lama baru mereka sampai ke Peringkat Kelima? Mereka berkata mungkin berjuta-juta tahun Bumi utk capai Peringkat Kelima dari Peringkat Keempat, di kawasan Matahari.

Saya tanya mereka mengapa ketika saya mengambil gambar mereka, gambar Matahari, ada lingkaran merah, bulatan merah, beberapa bulatan merah pada foto di sekeliling Matahari atau dalam Matahari itu sendiri. Jadi Raja Matahari beritahu saya, “Kerana orang di sini ingin tunjukkan kasih sayang kpd Engkau.” Saya kata, “Ya Tuhan.” Saya amat tersentuh. Saya kata, “Terima kasih banyak-banyak Kalau begitu, akankah engkau bakar Bumi?” Jadi Raja Matahari berkata, “Jika Tuhan memerintah, maka ia perlu dilakukan. Maaf.”

Jadi saya kata, “Tolong pertimbangkan kami. Okey? Pertimbangkan saya di sini dan buat sesuatu untuk hentikan itu atau kurangkan intensiti pembakaran supaya manusia tidak menderita. Aku harap Engkau ialah kawanku dan Engkau mesti cuba bantu kami. Okey?” Dia kata, “Buat masa ini, bilangan orang vegan di Bumi terus berlipat ganda, terus menjadi semakin banyak. Jadi karma akan menjadi kurang, jadi Matahari tak perlu buat apa-apa untuk merosakkan Bumi atau membakar orang di bawah.” Hingga kini, Dia kata berkemungkinan Dia tak perlu melakukannya kerana karma akan menjadi kurang dan orang menuju ke arah yang bertentangan. Lagi banyak orang adalah vegan lagi kurang bilangan orang yang akan menderita. Lagi banyak bilangan orang vegan lagi kurang bilangan orang yang akan menderita, lagi kurang peratusan kemungkinan Bumi dirosakkan oleh api dari Matahari.

Berkenaan dengan permintaan saya kepada Matahari supaya pertimbangkan kita dan membuat sesuatu untuk membantu Bumi supaya orang tidak banyak menderita: Raja Matahari berkata, “Kami sudah kurangkan apa yang boleh,” dalam keupayaan Raja dan rakyat Matahari. Jika tidak, keadaan akan menjadi lebih teruk. Lebih banyak kerosakan akan dibuat jika mereka tidak buat sebaik yang boleh untuk bantu dengan kebenaran, dengan keupayaan yang dibenarkan.

Tetapi ada dikatakan dalam Bible, Tuhan dedahkan bahawa pada waktu penghujung dunia ini, Tuhan akan perintahkan malaikat yang bekerja untuk lemparkan sesuatu pada Matahari. Formula itu akan mengeluarkan api Matahari, kemudian meledakkannya ke bawah sampai ke Bumi, kemudian segalanya akan habis. Saya kata, “Akankah itu berlaku macam itu? Benar ke macam itu?” Jadi Raja Matahari berkata, “Ya, benar, boleh macam itu. Tetapi begitu banyak Santo berdoa dan orang semakin banyak berubah menjadi vegan, jadi mungkin itu tidak berlaku.”

Saya kata, “Oh! Tolonglah, tolong jangan biarkan ini berlaku.” Matahari berkata, “Matahari tak boleh memutuskan. Ini ditentukan oleh Tuhan dan berapa buruknya kelakuan manusia, merosakkan dan memusnahkan planet ini. Kemudian jenis karma itu akan menarik jenis karma lain. Meskipun api Matahari boleh dihentikan atas sebarang sebab atau Tuhan tidak lemparkan suatu formula, kuasa, pada Matahari untuk membuat api Matahari menyala keluar dan membakar Bumi di bawah, Bumi sendiri akan ada api dari dalam, di bawah permukaan Bumi, meletup dan juga boleh membakar seluruh dunia atau musnahkan planet ini dan membunuh orang juga. Kuasa Maya merancang untuk melakukan itu: gunakan api dari teras dalam Bumi untuk membakar dunia ini menjadi abu! Tetapi kuasa Syurga cuba menolaknya balik! Harap-harap dengan Berkat daripada Tiga Paling Berkuasa dan Pahala daripada manusia vegan, Maya tidak berjaya!”

Saya kata, “Ya Tuhan, kami memang tidak selamat dari semua arah.” Dia kata, “Doa Santo memang bantu menghapuskan sebahagian daripada karma manusia tetapi manusia sendiri perlu buat sesuatu, perlu beralih ke arah yang bertentangan dengan kekejaman, jenis cara hidup yang membunuh dan menyeksa, membunuh makhluk lain yang tidak berdosa, malah saling membunuh. Semua karma itu akan wujudkan tenaga yang sangat, sangat ganas dan banyak kejadian ganas boleh berlaku untuk membinasakan Bumi.”

Jadi manusia membunuh diri sendiri. Tiada orang lain, memang. Semua orang yg lain boleh hentikannya tetapi manusia akan terus mewujudkan karma bunuh dan akan membinasakan diri sendiri. Banyak kali pada masa lalu, Raja berkata bahawa “bangsa manusia juga telah lakukan perkara buruk sesama mereka, berperang dan sebagainya, membunuh semua penghuni bersama yang tidak berdosa dan juga membinasakan diri sendiri, negara sendiri, bangsa sendiri atau kota sendiri. Ia pernah berlaku tetapi pada skala yang kurang daripada sekarang. Sekarang jika ia berlaku, ia akan binasakan makhluk di seluruh planet ini.” Ini kedengaran sangat menakutkan apabila saya nampak visi itu. Saya harap ia tidak berlaku.

Photo Caption: Yeh! Bercita-cita untuk Capai Roh Mulia yang Tinggi!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (4/12)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-27
3901 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-28
2964 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-29
2673 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-30
2395 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-31
2664 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-01
2220 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-02
1965 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-03
1795 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-04
1723 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-05
1658 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-06
1263 Tontonan
12
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-07
851 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-06-07
220 Tontonan
Filem Pendek
2025-06-07
88 Tontonan
Filem Pendek
2025-06-07
75 Tontonan
Filem Pendek
2025-06-07
68 Tontonan
Filem Pendek
2025-06-07
72 Tontonan
Filem Pendek
2025-06-07
58 Tontonan
Filem Pendek
2025-06-07
50 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android